10 Cara Minyak Kelapa Mencantikkan Anda
Macam-macam cara dilakukan untuk cantik. Selain membeli produk-produk cantik di kaunter atau farmasi, kalau rajin membaca dan mencuba, bahan memasak pun boleh diletakkan di meja solek, sebaris dengan krim muka, gincu, pembayang mata juga haruman anda.
Minyak kelapa antara barang dapur yang boleh anda terokai kebaikannya. Miranda Kerr khabarnya mencampurkan minyak kelapa ke dalam teh hijaunya, Angelina Jolie pula memulakan harinya dengan menyuap mulutnya sesudu minyak kelapa. Poppy Delevigne pula mengoles minyak kelapa ke wajahnya sebelum tidur.
Kali ini EH! mahu berkongsi 10 cara bagaimana minyak kelapa boleh mencantikkan wajah anda. Sudah sedia?
1. Sapukan pada kulit wajah dan badan. Minyak kelapa berfungsi bagaikan minyak semula jadi yang dihasilkan kulit. Namun berpada-pada dalam menyapunya pada wajah, gunakan sedikit sahaja memandangkan cuaca kita panas dan lembap.
2. Jika anda mengalami iritasi seperti kulit merah-merah, boleh cuba sapukan minyak kelapa. Minyak kelapa punya manfaat menenangkan kondisi kulit.
3. Minyak kelapa punya manfaat anti-kulat, jadi molek disapukan pada tumit kaki, ia juga baik untuk melembapkan. Jika disapukan pada kuku ia menguatkan kuku juga merawat kutikel.
4. Ia juga melambatkan tanda-tanda penuaan hasil daripada manfaatnya yang melembapkan kulit. Sapukan pada wajah sebelum tidur.
5. Boleh juga dijadikan sebagai krim mata. Sapukan sedikit minyak kelapa pada sekitar mata sebelum tidur. Khasita melempnya baik untuk kulit di sekitar mata yang sering menjadi ruang tanda awal penuaan. Minyak kelapa mngandungi asid lemak yang menguatkan kulit.
6. Minyak kelapa juga elok dijadikan sebagai pencuci solekan lebih-lebih lagi jika anda mahu membersihkan kesan maskara juga gincu pusam (matte) yang selalunya warnanya melekat pada bibir.
7. Minyak kelapa boleh juga dijadikan sebagai highlighter pada solekan anda. Calit sikit pada jari, gosok terlebih dahulu kemudian barulah di sapu sikit pada tulang pipi dan hidung. Tapi ingat, sikit saja ya kerana jika berlebihan bimbang ia akan menanggalkan solekan.
8. Kalau ada masa terluang hujung minggu, jadikan minyak kelapa sebagai pupur rambut. Sapukannya pada keseluruhan rambut, kemudian sanggulkan dan bungkus kepala dengan tuala atau shower cap. Biarkan satu ke dua jam. Ia bermanfaat untuk melembapkan rambut.
9. Seperti dinyatakan tadi, minyak kelapa punya manfaat anti-kulat, jadi elok sebenarnya minyak kelapa dijadikan bahan untuk membersihkan kulit kepala. Urut dan gosok lembut kulit kepala (seperti gaya bersyampu), kemudian barulah dicuci dengan syampu. Minyak kelapa juga elok untuk anda yang mempunyai masalah kelemumur.
10. Gosokkan minyak kelapa pada gigi? Mengapa? Ia elok untuk memutihkan gigi. Khabarnya Kylie Jenner juga mengamalkan petua ini.
Sumber - Eh!
10 Cara Minyak Kelapa Mencantikkan Anda
Reviewed by Unknown
on
11:41:00 PG
Rating:
Tiada ulasan: