10 Jenama Tudung Selebriti

Perniagaan skarf atau tudung antara yang perniagaan berkaitan dengan fesyen yang sangat competitive. Saingan sengit ini berpunca daripada lambakan jenama (penawaran) juga permintaan dripada pembeli sendiri.

Kerancakan perniagaan tudung juga membuahkan idea buat selebriti untuk turut serta dalam perniagaan ini. EH! memilih 10 selebriti yang hadir dengan label tudung mereka sendiri.

Erra Fazira – RARAbyErraFazira

Jika dilihat dari segi warna ataupun cetakan, Erra tidak membataskannya pada corak tertentu. Tapi andai dari segi gaya lilitannya mungkin ada. Erra juga melancarkan Rarakids, tudung untuk kanak-kanak.

Hanis Zalikha- Cakenis

Keistimewaan tudung ilham Kek Nis ini ialah ia tidak memerlukan sebarang kerongsang atau pin, hanya menggunakan cangkuk yang sudah dijahit sempurna pada fabriknya. Warna-warna pastel antara yang mendominasi himpunan Cakenis.

Liyana Jasmay- Mermaid Luxe

Memilih Mermaid Luxe sebagai jenamanya, kebanyakan tudung ilhamnya banyak dilatari warna-warna pastel juga tidak sarat corak. Rata-ratanya polos. Tidak hanya tudung, bintang ‘Papadom’ ini juga menjual pelbagai himpunan pakaian.

Neelofa – Naelofar Hijab

Antara jenama tudung kelahiran selebriti paling berjaya. Naelofar Hijab punya wakil jualan (stokis) seluruh Malaysia. Ilham instant shawl yang sangat menjadi kerana ia mudah digayakan. Neelofa juga aktif mengintai peluang membesarkan perniagaan tudungnya di luar negara.

Nora Danish- Owl Shawl by Nora Danish

Sambutan Owl Shawl keluaran Nora Danish juga antara yang mendapat sambutan. Populariti Nora Danish si media sosial juga menjadi penyumbang kepada populariti label tudunngnya ini.

Norjuma Habib- Aidijuma

Diangkat sebagai jenama Tudung Bawal nombor satu di Malaysia, saya kira gaya pilihan Juara Pengacara Jemputan Nona ini sangat malar segar dan sesuai pula digayakan mengikut kesukaan penggayanya.

Nur Fazura- The Doll Scarves


Saya fikir Fazura cukup bijak memilih gaya tudung yang mahu dipasarkannya. Gaya ikatan/lilitan tudung ala wanita Brunei tampak begitu timeless gayanya. Sesuai pula dengan bentuk wajahnya.

Rozita Che Wan – Padusi

Sejak sebelum bertudung lagi Che Ta sudah melancarkan jenama tudungnya ini. Kata Che Ta pada awalnya pembukaannya dulu dia sendiri yang banyak menjadit manik-manik pada tudungnya ini.

Siti Nordiana- Nanaryanhijabs by SND

Populariti Nana selepas menjuarai Gegar Vaganza musim kedua pastinya turut melonjakkan jenama tudungnya ini yang dilancarkan lebih awal sebelum dia kembali popular.

Yana Samsudin –  Ayana By Yana Samsudin

Sebaik saja bertudung, isteri kepada Fadzil Zahari ini terus memperkenalkan jenama tudungnya ini.

Sumber - Eh!
10 Jenama Tudung Selebriti 10 Jenama Tudung Selebriti Reviewed by Unknown on 11:33:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.