Model Terbaru Di Bawah Jenama Proton Hasil Kolaborasi Proton-Suzuki : Ertiga


Suzuki Ertiga telah disahkan sebagai salah satu model di bawah Proton dengan kerjasama Suzuki. Laporan-laporan berita dipetik dari sumber di Indonesia, PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) mengatakan bahawa Ertiga akan dieksport ke Malaysia pada suku kedua tahun 2016.

Ini adalah hasil daripada kerjasama antara Suzuki dan Proton, kata Timbalan MD SIS Davy Jeffry Tuilan memberitahu Kompas Otomotif malam semalam.

Beliau menambah bahawa SIS akan mengeksport 1,500 unit Ertiga kepada Proton sebulan, yang diterjemahkan kepada 18,000 unit setahun. Penghasilan unit CKD akan bermula pada Mei tahun ini di kilang SIS di Cikarang Indonesia. Sebelum ini Proton telah secara rasmi mengumumkan bahawa model bersama Proton-Suzuki yang pertama akan masuk pengeluaran sebelum akhir 2016.

Pada masa ini, Suzuki mengeksport Ertiga dari Indonesia ke pelbagai negara-negara Asean dalam bentuk unit CBU. Suzuki Ertiga mula muncul di India pada 2012.








Ertiga MPV tiga baris tujuh tempat duduk mempunyai jarak roda 2,740 mm dan dihidupkan oleh enjin 1.4 liter dengan 92 PS dan 130 Nm tork. Motor K14B dipasangkan ke kotak gear automatik empat kelajuan dan manual lima kelajuan.

Facelifted Ertiga telah muncul di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada Ogos 2015, dan pada bulan Disember, Suzuki telah melancarkan variasi Ertiga Dreza dengan wajah unik dan peralatan yang lebih pelbagai.

Ertiga dilihat akan bersaing dengan Perodua Alza kerana ia MPV kecil yang hampir sama, mungkin juga harga yang lebih kurang. Mungkin juga Ertiga di bawah Proton boleh di suntik dengan beberapa teknologi yang ada pada kereta Proton seperti Lotus Ride and Handling mahupun campro turbo.



Sumber - azelery.com, paultan.org
Model Terbaru Di Bawah Jenama Proton Hasil Kolaborasi Proton-Suzuki : Ertiga Model Terbaru Di Bawah Jenama Proton Hasil Kolaborasi Proton-Suzuki : Ertiga Reviewed by Unknown on 9:20:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.