Perang' Uber/Grab Car dengan teksi kian sengit
PEMANDU teksi memulangkan semula kereta kepada syarikat dan pengusaha teksi kerana tidak berupaya bersaing dengan Grab Car dan Uber |
PERSAINGAN aplikasi 'ride-sharing' seperti Uber dan Grab Car dengan teksi semakin memuncak. Baru-baru ini terdapat laporan kira-kira 10,000 pemandu teksi konvensional di Lembah Klang bertindak memulangkan semula kereta kepada syarikat dan pengusaha teksi sejak sebulan lalu kerana tidak berupaya bersaing dengan Grab Car dan Uber.
Jika dahulu, pengguna perlu menelefon teksi untuk menagih khidmat, namun seiring perkembangan pesat teknologi, kini semua dibuat di hujung jari. Perkembangan ini turut menggugat periuk nasi pemandu teksi apabila ramai pengguna memilih perkhidmatan Grab Car dan Uber.
Dalam pada itu, sebagai tindak balas, wujud beberapa aplikasi membantu pemandu teksi seperti iTeksi dan Taxi2u. Walaupun begitu, ia masih kurang berkesan dalam menyaingi Uber dan Grab Car. Malah, penulis sendiri ketika ini lebih senang menggunakan perkhidmatan awam baharu itu berbanding teksi.
Jika kita melihat dari sudut pengguna, sebahagian besar merasakan tambang dikenakan Uber dan Grab Car lebih berpatutan. Dahulu banyak pengguna mengeluh pemandu teksi tidak mahu menggunakan meter dengan alasan jalan sesak, sekali gus kena bayar lebih daripada sepatutnya. Itu tidak dikira jika kita menggunakan teksi selepas jam 12 tengah malam, tambangnya mungkin berganda.
Selain itu, Uber dan Grab Car menyediakan caj perjalanan lebih telus yang boleh diketahui lebih awal dan diakses oleh pemandu dan pengguna, justeru memudahkan pelanggan membuat bajet perjalanan masing-masing lebih awal.
Kereta yang digunakan oleh perkhidmatan Uber dan Grab Car juga lebih selesa serta bersih sebagai mematuhi ketetapan oleh firma aplikasi. Usia kenderaan juga tidak boleh melebihi lima tahun, manakala teksi masih banyak menggunakan kereta lama.
Pemandu Grab Car dan Uber juga tidak memilih pelanggan serta destinasi yang ditetapkan. Ramai yang melalui pengalaman pahit sebelum ini, apabila pemandu teksi menurunkan pelanggannya jauh daripada destinasi kerana enggan meredah kesesakan lalu lintas.
Kesimpulannya, itu antara yang menjadi penyebab utama pengguna ketika ini lebih memilih Uber dan Grab Car berbanding teksi.
Dalam persaingan ini, penulis rasakan, bagi pengendali syarikat teksi, isu utama yang perlu ditangani dan disusun semula adalah struktur kos. Sistem permit teksi yang diberi kepada syarikat teksi kemudian disewakan sekali dengan kereta dalam konsep 'sewa-beli' atau sistem pajakan kepada pemandu, wajar dikaji semula.
Usaha perlu digembleng dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan caj tambang yang lebih berpatutan bagi meneruskan kelangsungan. Jika tidak, kita mungkin menyaksikan kepupusan perkhidmatan sebegini.
Sumber - BH Online

Reviewed by Unknown
on
3:22:00 PTG
Rating:
Tiada ulasan: