Jejak dalang
Sitiawan: Kementerian Pendidikan meminta polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk kesahihan dakwaan kononnya ada kegiatan sindiket menjual kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis di ibu negara pagi semalam dan turut meminta polis mengenal pasti dalang menyebarkan tohmahan itu sekiranya dakwaan sindiket penjualan kertas peperiksaan itu didapati tidak benar.
“Kami nak tengok dakwaan itu sama ada betul atau tidak kerana ini perkara serius dan tidak boleh main-main yang didakwa oleh pihak tertentu.
“Bagi saya ini satu dakwaan yang boleh diambil tindakan undang-undang jika tidak benar,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad Boestamam di sini semalam.
Turut hadir, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan Perak Datuk Rozi Puteh Ismail.
Sumber dari : Harian Metro
Jejak dalang
Reviewed by Unknown
on
10:26:00 PG
Rating:
Reviewed by Unknown
on
10:26:00 PG
Rating:



Tiada ulasan: