Paip Pecah: Pancutan Air Mencecah Pencawang Elektrik
SEPANG: Insiden paip air pecah berhampiran tapak pembinaan loji rawatan air Semenyih 2 di Kampung Jenderam Hilir di sini pada Rabu mengakibatkan air memancut setinggi lebih 30 meter hingga mencecah kabel pencawang elektrik.
Hotline Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada orang awam yang melihat insiden pancutan air berkenaan kira-kira 6 petang dan memaklumkan bahawa Syabas akan melakukan kerja-kerja pembaikan.
Beliau berkata saluran paip air tersebut telah ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dan kawasan Bukit Mahkota dijangka mengalami gangguan air buat sementara waktu.
Sumber -MStar.com.my
Paip Pecah: Pancutan Air Mencecah Pencawang Elektrik
Reviewed by Unknown
on
12:11:00 PTG
Rating:
Tiada ulasan: