Ummi Nazeera Sahkan Telah Bertunang

 

Tahniah diucapkan kepada Ummi Nazeera yang baru saja mengikat tali pertunangan bersama seorang jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Mr I semalam dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman beliau. Bercerita mengenai tunangnya, Ummi memberitahu bahawa beliau seorang doktor yang berusia 29 tahun, juga berasal dari Kuala Lumpur.
“Saya bukannya mahu sorok hari bahagia ini. Sebaliknya keluarga mahukan majlis ringkas dan tertutup yang dihadiri keluarga rapat sahaja. Justeru, saya harus menghormati permintaan mereka. Sejujurnya, kami tidak pernah bertemu atau bertentang mata sebelum ini. Saya hanya mengenali Mr I, pada 31 Januari lalu apabila dia menghantar pesanan berkenalan.
“Sejak itu, kami hanya berkomunikasi menerusi mesej tanpa bercakap di talian telefon. Apabila memasuki sebulan setengah perkenalan menerusi mesej, dia menelefon buat kali pertama dan meluah perasaan untuk bertemu. Saya mengatakan bahawa dia boleh berjumpa saya dengan syarat dia kena menemui ibu saya dulu,” katanya kepada Harian Metro.
Selepas tiga bulan berkenalan, jejaka berkenaan membuat keputusan untuk melamarnya. Dua minggu selepas Aidilfitri lalu, Ummi telah dirisik manakala kedua pihak keluarga juga telah mencapai kata sepakat untuk melangsungkan majlis pertunangan terlebih dahulu. Ummi juga memaklumkan bahawa mereka bakal berkahwin pada tahun depan. 
Sumber - Rotikaya


Ummi Nazeera Sahkan Telah Bertunang Ummi Nazeera Sahkan Telah Bertunang Reviewed by Unknown on 10:43:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.