72 jam tarik balik produk - Sepuluh produk kosmetik tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini


Putrajaya: Sepuluh produk kosmetik tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini kerana mengandungi racun berjadual asid azelaik, hydroquinone, tretinoin dan logam berat merkuri.
Produk ialah Melan: Off Intensif Mask, Melan: Off Maintainance Cream, Krim Malam dan Siang Afrina, krim herba Kemboja, Day Pinky Cream, Night Glow Cream, Debella Nadien Glow Night Cream, Mekar Semilu Skrub Muka Mutiara Beauty Collection dan Mekar Semilu Krim Mekarsutra.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua produk kosmetik itu sudah diuji dan mengandungi racun berjadual berkenaan.
"Notifikasi produk itu sudah dibatalkan dan syarikat bertanggungjawab ke atasnya diarahkan untuk memberhentikan penjualan atau pembekalan serta merta.
"Syarikat juga perlu menarik balik semua stok produk terbabit daripada pasaran dalam 72 jam," katanya dalam kenyataan, di sini.
Dr Noor Hisham berkata, sesiapa yang mempunyai produk kosmetik itu dinasihatkan menghentikan penjualan/pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta.
Selain itu, penjual diingatkan pemilikan produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
“Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Sumber - Harian Metro
72 jam tarik balik produk - Sepuluh produk kosmetik tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini 72 jam tarik balik produk - Sepuluh produk kosmetik tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini Reviewed by Unknown on 10:47:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.