3.2 juta pengguna kad debit India digodam
NEW DELHI 21 Okt. - Beberapa bank di negara itu bergelut untuk membendung masalah penggodaman yang berlaku kepada lebih 3.2 juta pengguna kad debit.
Beberapa bank, termasuk Bank Negeri India yang dikendalikan oleh kerajaan, menasihatkan pelanggan agar menukar nombor pengenalan peribadi mereka.
Malah, bank juga telah menarik kembali beribu-ribu kad debit dan menyekat penggunannya kerana khuatir telah digodam.
Kebocoran itu dipercayai disebabkan oleh virus malware pada rangkaian mesin teller automatik (ATM).
Syarikat Pembayaran Kebangsaan India yang mengawal semua sistem pembayaran runcit di negara itu berkata, bank-bank telah menerima aduan daripada pelanggan bahawa kad mereka digunakan secara tidak terkawal di China dan Amerika Syarikat (AS).
Sumber - AP, Utusan Online
3.2 juta pengguna kad debit India digodam
Reviewed by Unknown
on
12:12:00 PTG
Rating:
Tiada ulasan: