Dilahirkan Dengan Lidah Orang Dewasa, Bayi Ini Terpaksa Menyusu Melalui Tiub


Kejadian yang jarang berlaku dan membabitkan satu kes dalam 14,000 kelahiran diseluruh dunia ini telah memeranjatkan pasangan Madison dan Shannon, apabila bayi mereka dilahirkan dengan lidah saiz orang dewasa.

Bayi perempuan yang dilahirkan di Amerika Syarikat ini mempunyai lidah yang besar, dua kali ganda daripada saiz mulutnya, terpaksa diberikan bantuan penafasan pada minggu pertama selepas dilahirkan, bagi mengelakkan bayi itu tercekik.
Paisley yang dilahirkan dengan Beckwith Diedemann Syndrome (BWS) mendatangkan kesukaran padanya untuk menyusu dan ini memaksa doktor untuk menggunakan tiub yang ditebuk di perutnya sehingga usia 6 bulan bagi menyusu.
Kemudiannya, ibubapa kepada Paisley bersetuju melakukan pembedahan bagi membuang sebahagian daripada lidah bayi mereka. 

Paisley yang kini berusia 16 bulan sudah mula bermain dengan bunyi dan mampu tersenyum buat kali pertama. 
Sumber - Era.fm

Dilahirkan Dengan Lidah Orang Dewasa, Bayi Ini Terpaksa Menyusu Melalui Tiub Dilahirkan Dengan Lidah Orang Dewasa, Bayi Ini Terpaksa Menyusu Melalui Tiub Reviewed by Unknown on 9:02:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.