Perut Berbunyi Tak Semestinya Tanda Lapar

Bila perut berbunyi kita akan fikir perut sedang kosong dan lapar.


Macam-macam bunyi badan kita boleh keluarkan. Bunyi sendawa, buang angin, berdengkur dan bunyi perut lapar. Bunyi perut lapar tu memang normal bagi kita, tapi macam mana pula dengan perut berbunyi sedangkan baru lepas makan? Normal ke?

Menurut Dr. Khodadadian dalam dunia medik, bunyi-bunyian pada perut ini disebut sebagai borborygmi, keadaan dimana udara dan cairan sedang bergerak pada usus kecil dan usus besar. Semasa proses ini, otot-otot pada perut dan juga usus mengalami kontraksi dalam menggerakkan makanan dan cairan sehingga mengeluarkan bunyi yang khas yang kita ingat bunyi lapar. 
Namun apa yang lebih menarik adalah bunyi ini boleh muncul bila perut tengah penuh atau pun sedang kosong. Kalau perut kita kosong selama 2 jam, jadi otak akan memberikan signal untuk otot-otot perut untuk bergerak hingga menghasilkan bunyi tanda kita lapar. Tapi kalau telan banyak udara pun, bunyi kat perut pun akan muncul tau walaupun kita dah kenyang.
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Dokter Sehat, Era.fm

Perut Berbunyi Tak Semestinya Tanda Lapar Perut Berbunyi Tak Semestinya Tanda Lapar Reviewed by Unknown on 11:02:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.