Ekori dari bank



Kuala Langat: Seorang pengurus tapak pembinaan berputih mata apabila wang miliknya berjumlah RM250,000 disamun lapan penjenayah warga asing di kawasan pembinaan berdekatan Bandar Saujana Putra, Sungai Jarom di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Zailan Tasir berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa membayar gaji pekerja sebelum didatangi tiga lelaki bersenjata pisau manakala empat lagi menunggu dengan menaiki motosikal.

“Suspek datang ke tapak pembinaan rumah kedai tiga tingkat itu menaiki empat motosikal. Tiga daripada suspek naik ke tingkat dua premis dan menyamun mangsa.

“Bagaimanapun ketika suspek cuba melarikan diri, pengurus serta pekerja mengejar salah seorang suspek yang terjatuh dari motosikal sebelum ditangkap,” katanya.

Mohd Zailan berkata, berdasarkan kenyataan mangsa, suspek dipercayai mengekori mangsa sejak dia keluar dari bank di Klang.

“Kami percaya suspek mengekori mangsa dari bank di Klang sehingga ke tapak pembinaan berkenaan untuk menyamunnya,” katanya.

Beliau berkata, polis mengesan tujuh lagi suspek yang melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Sumber - Harian Metro
Ekori dari bank Ekori dari bank Reviewed by Unknown on 10:51:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.