Kemaruk rekod
New Delhi: Seorang lelaki melakukan pelbagai aksi berani dalam usaha memecahkan rekod dunia termasuk dipukul pada kemaluannya menggunakan tukul besi.
Amandeep Singh, 34, dari Haryana, utara India digelar Lelaki Besi selepas melakukan 11 aksi luar biasa dalam usaha dimasukkan dalam Buku Rekod Dunia Guinness.
Antaranya termasuk dilenyek kereta pada perutnya dan menarik 20 motosikal daripada bergerak.
Dia turut mengangkat dua lelaki seberat lebih 146 kilogram menggunakan giginya, membenarkan orang melompat ke atas perutnya dari atas tangga dan memecahkan 53 botol arak menggunakan tangan.
“Selepas mendapati mampu mengangkat seorang lelaki dan motosikal, saya memilih mencabar diri dan berlatih supaya semakin kuat.
Sumber - Harian Metro
Kemaruk rekod
Reviewed by Unknown
on
9:27:00 PG
Rating:
Tiada ulasan: