Ini Bahagian Badan Yang Betul Nak Sembur Minyak Wangi
Sebelum keluar rumah mestilah kena sembur minyak wangi dulu kan baru lah rasa confident nak jumpa orang. Korang sembur minyak wangi macam mana? Dah siap pakai baju, sembur kat baju ke ada bahagian tertentu korang akan sembur minyak wangi?
Haa, mesti korang tertanya-tanya dah beli minyak wangi mahal pun bau dia masih tak tahan sepanjang hari. Kejap je dah hilang. Mungkin selama ni cara dan tempat korang sembur minyak wangi salah. Ini bahagian yang betul untuk sembur supaya baunya kekal lama.
1. Rambut
Helaian rambut mengekalkan bau wangi sama macam kalau kita pakai shampuu. Tapi kalau sembur terus ke rambut akan buat rambut kering. Mungkin boleh sembur pada sikat dan terus sikat rambut supaya baunya masuk ke setiap helaian rambut.
2. Pergelangan tangan
Bahagian ni mesti ramai yang tahu. Sembur di situ kerana nadi kita berada di situ dan ada haba yang boleh meningkatkan bau wangi. Letak sedikit pada bahagian depan tangan juga sesuai .
3. Telinga
Sama juga seperti pergelangan tangan, belakang telinga atau cuping telinga juga ada nadi kita.
4. Collarbone
5. Bahagian dalam siku
Bahagian dalam siku juga mampu mengeluarkan roma yang menaikkan bau minyak wangi yang disembur untuk kekal lebih lama
Sumber: Daily Mail, Era.fm
Ini Bahagian Badan Yang Betul Nak Sembur Minyak Wangi
Reviewed by Unknown
on
2:16:00 PTG
Rating:
Tiada ulasan: