Kelainan jubah Dubai

INGIN nampak kurus dan langsing, pakailah pakaian yang berwarna hitam. Justeru itu, ramai wanita kini yang lebih suka memakai pakaian hitam bagi menyembunyikan susuk tubuh yang berisi.
Jubah hitam sudah semakin diminati oleh wanita kini daripada pelbagai golongan usia. Walaupun warna hitam bukanlah warna yang menarik namun ia tetap menjadi warna pilihan kebanyakan orang.
Permintaan dan sambutan terhadap jubah hitam daripada Dubai membuatkan Natrah Noor, 40, menghasilkan banyak rekaan jubah tersebut yang kemudian dijahit di Dubai kerana kepakaran jahitan jubah di sana.
Menamakan koleksi jubahnya sebagai Maya Abaya, Natrah mahu membantu wanita Malaysia nampak anggun dengan abaya moden yang direka khas.
Katanya, dia mengutamakan kehendak pelanggan dalam setiap rekaannya. Inspirasi diperoleh daripada rekaan jubah yang dilihatnya semasa melancong ke Dubai.
Sehingga kini, Natrah telah menghasilkan lebih 50 rekaan yang kesemuanya mendapat sambutan menggalakkan setiap kali dijual di butik.
Menyesuaikan dengan kehendak pelanggan yang menyukai potongan puteri, penggunaan fabrik yang tebal tetapi tidak panas (fabrik nida) dan penggunaan perincian yang tidak terlalu sarat, dia menempah koleksi abaya di Dubai.
Menurut Natrah, ramai wanita yang suka memakai jubah dan abaya kerana selesa dan boleh dipakai ke mana sahaja seperti majlis kahwin, makan malam, ke pejabat dan sebagainya.
Jubah dan abayanya dibuat mengikut potongan dan saiz wanita Malaysia. Jubah yang dibeli tidak perlu dipotong bahagian bawah dan cukup selesa dengan semua bentuk badan.
Selain jubah hitam, saya juga mengeluarkan parasha (kaftan eksklusif dengan perincian sarat) yang dibuat dengan warna-warna terang. Seperti jubah dan abaya, parasha juga menjadi pilihan wanita untuk ke majlis.
“Maya Abaya ingin menjadi penjual dan pemborong abaya serta pakaian Muslimah yang terbesar di Pantai Timur. Permintaan terhadap jubah dan abaya hitam serta parasha memang tinggi di Kemaman.
“Sebab itu saya buka sebuah lagi butik di Kuala Terengganu. Jubah Maya Abaya turut boleh diperoleh di butik vendor di Naif Street, Dubai, serta di Kuantan dan Kota Bharu.
“Selain jubah, saya turut menghasilkan rekaan kardigan yang saya eksport ke Dubai. Maya Abaya turut mendapat permintaan dari Brunei, Sabah dan Sarawak,” kata Natrah yang mendapat galakan daripada suaminya, Fadzli Mohd Zain, 47.
Dijual pada harga di antara RM180 hingga RM380 sepasang, jubah Maya Abaya yang dijual di butik fizikal akan turut memasuki pasaran online.


Sumber - UTUSAN ONLINE
Kelainan jubah Dubai Kelainan jubah Dubai Reviewed by Unknown on 10:54:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.