Suri rumah juga perlu tampil bergaya
Tersenyum saya melihat satu tajuk artikel ‘Isteri selekeh – suami sakit mata’ yang diterbitkan oleh salah sebuah majalah baru-baru ini.
Ternyata saya tak dapat nafikan, cabaran besar bagi mereka yang menjadi suri rumah sepenuh masa ini melayani anak-anak kecil dan menguruskan jadual waktu persekolahan anak-ana, apatah lagi jika memerlukan si ibu untuk menghantar setiap seorang ke sekolah agama, tuisyen dan kemudian aktiviti sukan di sekolah pula.
Mungkin apabila anda terbaca tajuk tersebut, ‘isteri selekeh – suami sakit mata’ – aduh, terasa juga sakitnya pada hati, bukan? Isteri atau wanita mana yang tak suka melawa. Cuma, tidak ada masa. Jika anda salah seorang dari mereka, percayalah anda sebenarnya tidak keseorangan!
Gaya hidup masa kini yang serba memerlukan kita untuk bergerak dan membuat keputusan dengan pantas, membuatkan seorang wanita atau isteri tidak mempunyai masa untuk dirinya.
Kasih sayang yang diberi kepada anak-anak dan suami juga kesibukan harian kadangkala membuatkan si ibu terlupa bahawa dirinya juga perlu dibelai dan diberi perhatian.
Bukan setakat golongan mereka bergelar suri rumah, wanita yang bekerja turut mengalami dilema ini. Bagaimana untuk mengimbangi antara tugasan di pejabat, keluarga, suami dan anak-anak dan diri sendiri pada waktu yang sama.
Ingat kata-kata ini “It is not selfish to love yourself and to take care of yourself….”
Saya bukan sekadar menulis dan memberikan pandangan, saya juga menulis atas pengalaman yang lalu.
Mulakan dengan mencari jawapan kepada persoalan ini, “Apa yang membahagiakan saya, mampu membuatkan saya rasa lebih bertenaga, mendorong saya berfikiran lebih positif dan berkeyakinan melalui hari-hari yang mencabar. Yang penting, suami saya juga harus suka dengan perubahan ini!’
Sebelum sesuatu perubahan itu berlaku, saya cadangkan agar dirancang dengan teliti. Jangan terburu-buru kerana memerlukan anda untuk ‘mengenali diri sendiri’, pada waktu yang sama biarlah ia sesuai dengan bajet sedia ada, keperluan gaya hidup, dan keserasian dengan pekerjaan suami dan gaji bulanan.
Soalan saya, pernahkah hadapi senario di mana suami menjemput anda menghadiri majlis makan malam tahunan syarikatnya, tetapi anda menolak kerana merasakan diri anda tidak bersedia dengan alasan tiada baju yang sesuai, berasa rendah diri dan tidak berkeyakinan pula untuk bergaul dengan rakan-rakan sekerja suami? Segan, takut, tak biasa, tak sepadan dengan suami, dan macam-macam alasan lagi bermain pada fikiran.
Sumber - UTUSAN ONLINE
Suri rumah juga perlu tampil bergaya
Reviewed by Unknown
on
10:59:00 PG
Rating:
Tiada ulasan: