Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Buang Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Mohd. Fariz Mokhtar mahu mengambil bola takraw yang terkeluar dari gelanggang.
“Ketika mangsa memanjat pagar setinggi kira-kira dua meter itu kakinya tersangkut lalu tertusuk pada besi,” katanya.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.56 petang dan seramai 11 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang mengambil masa selama lima minit memotong besi itu.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson di sini untuk rawatan lanjut,” katanya. 
SUMBER - UTUSAN ONLINE