Lebih pekat berbanding biasa, susu Marigold HL 200ml, 1 liter ditarik balik


KUALA LUMPUR: Malaysia Milk Sdn Bhd mengambil langkah pencegahan dengan menarik balik produk susu Marigold HL (200ml & 1 liter) secara sukarela selepas mendapat maklum balas pelanggan yang menyatakan produk susu Marigold HL perisa cokelat lebih pekat berbanding biasa.

Dalam satu kenyataan media yang turut dimuat naik di laman Facebook, Malaysia Milk berkata walaupun secara khususnya ia melibatkan susu berperisa cokelat, ia akan menarik balik produk seperti berikut:

  • Susu Marigold HL perisa cokelat (200ml & 1 liter)
  • Susu Marigold HL lemak rendah (200ml & 1 liter)
  • Susu Marigold HL perisa strawberi (200ml & 1 liter)
  • Susu Marigold HL dengan Sterol Tumbuhan (1 liter)
Kepada para pelanggan yang dihormati,
Di sini kami sertakan, kenyataan rasmi tentang produk susu Marigold HL 200ml & 1liter.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui Facebook, Talian Hotline1800-88-5587 (Isnin-Jumaat: 8:30AM-5PM; Ahad: 8:30AM-1PM) ataupun E-mel kami di feedback@mmsb.com.my.
...
See More

Selain itu, ia juga berkata hanya produk dengan tarikh luput 7 November (Semenanjung Malaysia) dan 11 November (Sabah, Sarawak dan Labuan) akan ditarik balik.

"Pasukan Unit Kawalan Kualiti dan Pengilangan kami telah pun mengenal pasti punca masalah tersebut dan telah menyelesaikannya.

"Para pelanggan yang sudah membeli produk terbabit dinasihatkan supaya memulangkannya kepada Malaysia Milk untuk diganti semua," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Mereka juga memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berkata aspek kesihatan dan keselamantan pelanggan merupakan keutamaan mereka.

Sumber - Astroawani
Lebih pekat berbanding biasa, susu Marigold HL 200ml, 1 liter ditarik balik Lebih pekat berbanding biasa, susu Marigold HL 200ml, 1 liter ditarik balik Reviewed by Unknown on 8:07:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.