Mayat lelaki terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang ditemui



GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan mati lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, berhampiran Batu Maung pada pagi Selasa berjaya ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pagi ini.

Menurut laporan, mayat mangsa yang dikenali sebagai Sukri Saad, 38, ditemui sekitar jam 9.02 pagi, kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Selasa lalu, pihak bomba menerima panggilan pada jam 8.40 pagi, mengenai seorang lelaki  yang dipercayai terjun di 11.3km jambatan berkenaan arah Batu Maung.

Kehilangan mangsa disedari oleh seorang anggota peronda yang menemui sebuah motosikal  ditinggalkan di lokasi terbabit.

Susulan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat melancarkan usaha menyelamat dan mencari.
Mayat lelaki terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang ditemui Mayat lelaki terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang ditemui Reviewed by Unknown on 11:43:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.