Pesawat Bawa Calon Naib Presiden Republikan Tergelincir ketika Mendarat
NEW YORK: Pesawat yang membawa calon Naib Presiden Republikan, Mike Pence, tergelincir dari landasan selepas mendarat dalam hujan di Lapangan Terbang LaGuardia pada Khamis, menyebabkan penerbangan lain terkandas sekurang-kurangnya sejam.
Tiada yang cedera dalam kejadian yang berlaku tidak sampai dua minggu sebelum pemilihan presiden diadakan, hari kempen penting bagi Pence dan calon presiden, Donald Trump.
Pence berikrar akan meneruskan kempen semula pada Jumaat.
"Saya amat bersyukur semua orang dalam pesawat itu selamat. Saya berterima kasih kepada mereka yang mula tiba dan doa semua," kata gabenor Indiana itu dalam Twitter selepas kejadian.
Kira-kira jam 8.00 malam waktu tempatan, pegawai pengurusan kecemasan New York City berkata dalam Twitter lapangan terbang itu ditutup dan menggesa penumpang memeriksa dengan syarikat penerbangan untuk maklumat selanjutnya.
Sejam kemudian, agensi itu berkata lapangan terbang dibuka semula, tetapi untuk perjalanan udara terhad, meminta penumpang menjangkakan kelewatan penerbangan.
Populariti Trump dan Pence jatuh dalam tinjauan pandangan beberapa minggu ini, sebahagiannya disebabkan reaksi umum kepada penyiaran video yang menunjukkan Trump membuat komen lucah mengenai wanita dan berkata beliau boleh meraba kemaluan mereka kerana status selebritinya. -
Pesawat Bawa Calon Naib Presiden Republikan Tergelincir ketika Mendarat
Reviewed by Unknown
on
11:10:00 PG
Rating:
Reviewed by Unknown
on
11:10:00 PG
Rating:



Tiada ulasan: