Kakitangan JKM dijel setahun




Shah Alam: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM9,000 ke atas kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM13,000 antara 2014 hingga 2015.

Hakim Asmadi Hussein memerintahkan hukuman itu terhadap Salwana Mokhtar, 34, bermula hari ini.

Jika ibu kepada tiga anak berusia dari dua hingga lapan tahun itu gagal membayar denda terbabit tertuduh boleh dipenjarakan selama enam minggu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu tadbir di JKM cawangan Sabak Bernam mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang kebajikan jabatan itu berjumlah RM13,100 antara Disember 2014 hingga Mac 2016.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 14 tahun serta sebat dan boleh didenda.
Kakitangan JKM dijel setahun Kakitangan JKM dijel setahun Reviewed by Unknown on 12:48:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.